Monday, December 21, 2009

Perginya Manusia Agung Meninggalkan Kita

Lebih kurang 9.20pm semlm, saya menerima sms dr kakak saya 'mami dah meninggal'.. mami ialah mak mentua k.lili. Saya lantas menelefon bonda di Kelantan dan abang untuk memberitahu mereka akan berita tersebut. Setelah mengambil bala tentera di Sg Besi, kami menuju ke PJ. Lebih kurang jam 10:30pm, barulah jenazah sampai dari UH dan diletakkan di ruang tamu. Kami adik beradik duduk berdekatan dgn jenazah sambil membaca Surah Yasiin dan berdoa akan roh arwah berada bersama-sama orang yang solehah.

Seandainya kita tahu betapa huru haranya keadaan kubur pada mlm pertama ini nescaya kita mahu lari darinya. Alam barzakh adalah taman-taman syurga atau gaung-gaung neraka bergantung kepada amalan kita. Oleh itu dapatlah kiranya kita sedekahkah Al Fatihah buat mami juga semua muslimin muslimat mukminin mukminat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, semoga kita sentiasa berada di bawah perlindungan dan rahmat Allah swt. Sekiranya jika kita melewati kawasan perkuburan, dapatlah kiranya kita sedekahkah Al Fatihah kepada penghuni-penghuni kubur dan berdoa utk mereka. Sesungguhnya kita juga akan menyusul mereka, hanya masa menentukannya

Setelah selesai, saya pun meminta diri untuk pulang. While I was driving home, saya teringat akan satu ayat "Jika hati kamu keras & mati, INGATLAH MATI sebagai pengajaran". Lalu saya teringat akan kisah ini, yang mana setiap kali saya membacanya, airmata pasti jatuh sepertimana waktu pertama kali saya membaca.

“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Surah Al-Maidah: 3)

Wahyu tersebut telah dibaca oleh Junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad saw kepada semua jemaah haji yang hadir di Padang Arafah ketika itu. Sahabat yang paling sedih mendengarkan ini adalah Saidina Abu Bakar As Siddiq ra, kerana beliau tahu bahawa apabila sudah sempurna sesuatu syariat atau tugas maka akan kelihatanlah kekurangannya. Beliau tahu bahawa sesungguhnya Rasulullah saw akan pergi meninggalkan umatnya, akan menjadikan Siti Fatimah ra, Hassan dan Hussin (cucu-cucu Rasulullah saw) sebagai anak yatim piatu dan para-para isteri Nabi saw menjadi balu.

Melihatkan keadaan Saidina Abu Bakar As Siddiq ra yang bersedih hati, para sahabat telah pergi berjumpa Nabi saw untuk menanyakan adakah benar apa yang Saidina Abu Bakar katakan. Rasulullah saw menjawab "Ya, benarlah apa yang dikatakan oleh Saidina Abu Bakar dan sesungguhnya masa kewafatanku dan masa untuk meninggalkan kamu adalah semakin hampir".

Mendengarkan ucapan Rasulullah saw, para sahabat menangis - ada yang mengeletar seluruh tubuh dan ada pula yang pengsan. Malah malaikat-malaikat di langit, bukit-bukau, gunung ganang, burung-burung, ikan-ikan juga menangis mendengarkan berita itu. Rasulullah saw kemudian bersalam dengan semua yang hadir dan berwasiat kepada mereka.

Sekembalinya Rasulullah saw dari Mekah menunaikan haji, kesihatan Baginda semakin merosot. Mengikut riwayat, ada yang menyatakan Rasulullah saw menjalani hidupnya selama 81 hari, ada pula 50 hari, ada pula 35 hari dan ada pula 21 hari selepas turun Wahyu tersebut.

Allah telah memerintahkan malaikat maut untuk pergi menziarah Rasulullah. Allah telah berpesan kepada malaikat maut sekiranya Rasulullah redha untuk dicabut nyawanya, maka Engkau cabutlah sehalus-halus mungkin, sekiranya Rasulullah tidak redha, maka kembalilah Engkau kepadaku. Allah juga berpesan kepada malaikat maut tersebut agar menjelma dalam keadaan yang sebaik mungkin, maka bertukarlah malaikat tersebut menyerupai seorang Arab Badwi.

Turunlah malaikat maut itu ke rumah dan mengetuk pintu rumah Rasullullah saw dan memberi salam kepada sekelian isi rumah. Siti Fatimah menjawab salam tersebut sambil menyatakan "kembalilah engkau sesungguhnya Rasulullah masih lagi sibuk dengan urusannya". Rasulullah saw bertanya kepada Siti Fatimah siapakah lelaki tersebut, Siti Fatimah menjawab "Seorang Arab Badwi wahai Ayahanda". Kemudian Rasulullah berkata "Tahukah kamu wahai anak, itu adalah malaikat maut, persilakan dia masuk".

Maka masuklah malaikat dan Rasulullah bertanya "adakah kamu ingin menziarahi aku atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat tersebut menjawab "sekiranya tuan mengizinkan". Rasulullah bertanya dimanakah Jibrail, maka Jibrail pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah saw. Rasulullah bertanya kepada Jibrail adakah Jibrail mengetahui berita kewafatanya. Jibrail menjawab, "ya".

Rasulullah kemudian berkata, sampaikan aku berita kemuliaan yang menggembirakan aku di sisi Allah swt. Jibrail menjawab " Wahai Kekasih Allah, sesungguhnya semua pintu langit dan pintu syurga dan para malaikat telah berdiri bersaf-saf menanti kehadiranmu. Rasulullah bertanya lagi "Katakan padaku perihal umatku di hari kiamat nanti". Jibrail menjawab "Sesungguhnya tuan akan mula-mula memasuki syurga melebihi nabi-nabi terdahulu dan umat tuan yang mula-mula memasuki syurga melebihi umat-umat terdahulu".

Rasulullah berpuas hati dan Baginda mempelawa agar malaikat maut tersebut supaya hampir kepadanya dan Rasullullah menyebut "Jibrail, alangkah dahsyatnya rasa maut ini". Jibrail memalingkan pandangannya kerana tidak tahan melihat Rasulullah menghadapi sakratul maut. Begitulah berat sakratul maut yang dihadapi oleh Rasulullah saw yang bersifat maksum itu. Bagaimana pulakah kita ini yang tidak lekang melakukan dosa-dosa kepada Allah swt.

Sebelum itu, Rasulullah saw telah berpesan kepada Saidina Ali bin Abi Talib ra agar memandikan baginda, Fadhl bin Abas menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu, kafanilah baginda dengan kain Yaman yang putih. Letakkan baginda di balai rumah. Kemudian kamu semua tinggalkanlah aku buat seketika kerana para malaikat akan menyolatkan aku, dan kemudian giliran kamu sekelian pula.

Ada sahabat bertanya, "sekiranya tuan pergi pada siapakah hendak kami rujukkan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan". Rasulullah menjawab "Aku tinggalkan kamu 2 perkara - Al Quran dan As Sunnah. Berpeganglah kamu kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat. Al Quran dan As Sunnah mampu menerangi jalan-jalan kamu. Rasulullah saw juga berpesan jagalah solat dan perkara-perkara yang telah diperintahkan ke atas kamu".

Beratnya sakratul maut tersebut sehingga diriwayatkan bahawa, Saidatina Aisyah ra telah meletakkan sehelai kain basah di atas muka Rasulullah saw dan kelihatan keringat di dahi Baginda saw. Saidatina Aisyah juga ada membaca 'air jampi' bagi 'menyembuhkan' Rasulullah dari sakratul maut, namun Rasulullah berkata "aku menuju untuk berjumpa dengan Tuhanku, aku menuju makam yang tertinggi." Saidina Ali b Abi Talib berkata bahawa beliau melihat bahawa Rasulullah saw mengerakkan bibir Baginda sambil berkata umatku... umatku... umatku.. Wahai sahabat yang dirahmati Allah, begitulah kasih sayang dan cintanya Baginda terhadap kita umatnya. Di kala menghadapi sakratul maut, Baginda teringatkan umatnya, di akhir nafas terakhir juga, Baginda teringkatkan umatnya. Adakah umatnya yang teringatkan akan Rasulullah saw pada hari ini?

Perginya Kekasih Allah ini, Manusia Agung ini mengadap Ilahi pada 12 Rabiul awal. Oleh itu janganlah kita lupa utk mendoakan - Kurniakan Nabi Muhammad saw wasilah yakni kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji - setelah azan mahupun selepas iqamat. Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam kita kepada Nabi Muhammad saw, keluarganya, para sahabatnya dan sekelian pengikutnya sehingga akhir zaman

Thursday, December 17, 2009

Misteri Malam

Antara cara-cara untuk kita mendekatkan diri dgn Allah swt adalah melalui amalan-amalan atau perbuatan-perubatan sunat selain menyempurnakan perkara yang fardhu. Antara amalan sunat yang bolah dipraktikkan adalah seperti solat - wuduk, dhuha, qabliyah, badiyah dan sebagainya; puasa - pada hari Isnin dan Khamis dan hari-hari tertentu seperti Hari Asyura, Puasa 6 di bulan Syawal dan sebagainya; bersedekah, zikirullah,dan sebagainya.

Apa yang ingin saya jelaskan 'perbuatan sunat selain menyempurnakan perkara fardhu' adalah kita mestilah memberi keutamaan dalam melaksanakan perkara fardhu terlebih dahulu. Solat 5waktu, berpuasa di bln Ramadhan dan berzakat janganlah sesekali kita lupakan. Fenomena sekarang yang boleh kita lihat, lebih ramai yang membuat amalan sunat melebihi perkara fardhu, seperti contoh, kita lihat masjid-masjid dan surau-surau akan dipenuhi oleh para jemaah pada bulan Ramadhan bagi melaksanakan solat tarawikh tapi selepas itu masjid-masjid kembali lenggang dan sunyi. Tetapi bukanlah perkara itu saya ingin ketengahkan.

Apa yang ingin saya ketengahkan disini adalah perkara yang dapat kita sama-sama praktikkan dalam mendekatkan diri kepada Pencipta kita, Allah swt. Bagi memperingati sahabat-sahabat sekalian terutamanya DIRI SAYA sendiri bahawa qiamullail adalah perkara sunat yang amat-amat disarankan oleh Rasulullah saw. Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah pernah bersabda "Allah swt turun ke langit dunia, tatkala 1/3 malam masih tersisa, Allah menyeru "Adakah ada diantara hambaKu yang berdoa, supaya Aku makbulkan permintaannya? Adakah diantara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya Aku mengampuninya? Adakah diantara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya Aku memenuhinya" (HR Bukhari dan Muslim).

Tidakkah terdetik di hati kita bahawa Allah swt itu Maha Mengasihan serta Maha Pengampun akan hambanya yang seringkali lalai dalam urusan dunia. Allah 'mencari-cari' akan hambaNya yang ingin bertaubat, yang ingin mencari keredhaan dan pengampunanNya. Bukankah kita yang sepatutnya melakukan perkara sebaliknya. (Tak malu kita ni ek..)

Bilakah yang dimaksudkan 1/3 malam itu? Waktu yang paling afdal adalah di hujung malam, lebih kurang 4:30 - 5:00pagi atau ada juga orang menyebutkan hampir dengan waktu sahur. Pada waktu inilah kita boleh mengadu kepada Allah akan segala masalah dan rintihan kita, hanya kita dan Allah sahaja pada masa itu. Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu dan Allah tidak akan sesekali membuka aib hambaNya, sehingga tibanya hari pembalasan kelak,segala amal baik ataupun buruk kita akan dibuka dan dihitung tanpa diperlaku sedikit aniaya pun.

Pada malam yang gelap gelita itu, pada ketika suasana sunyi dan syahdu, ambillah kesempatan ini untuk bertaubat dan berdoa. Mintalah dan berdoa dengan sepenuh hati kita, kenanglah dosa-dosa kita yang tidak terhingga itu samaada kepada Allah swt, ibubapa kita, adik beradik kita mahupun sahabat-sahabat kita. Menangislah sayang, sesungguhnya airmata taubat adalah sebaik-baik airmata dan airmata itu mampu memadamkan api neraka yang bakal membakar diri kita.

Malam itu mempunyai 1001 misteri yang boleh kita rungkaikan melalui qiamullail dan kunci misteri itu ada pada diri kita sendiri. Sempena Maal Hijrah ini, marilah kita masukkan 'qiamullail' sebagai salah satu azam kita. Marilah kita berhijrah kepada perkara yang mampu mendekatkan kita dengan Allah swt semoga Allah sentiasa memelihara kita dan kita tergolong diantara yang dikasihiNya.

Tuesday, December 15, 2009

Beriman pd yg ghaib

Percaya atau beriman kepada yg ghaib itu adalah wajib bagi setiap umat Islam. Rukun Iman juga terdiri daripada 6 perkara iaitu beriman kepada ALLAH SWT, beriman kepada Malaikat-malaikat, beriman kepada Kitab-kitab, beriman kepada Rasul-rasul, beriman kepada Hari Kiamat seterusnya beriman kepada Qada dan Qadar. Ia juga terdiri daripada beberapa perkara ghaib - Allah, Malaikat serta Qada & Qadar.

Perkara ghaib ini blh didefinisikan sebagai sesuatu yg tdk blh dilihat atau dipegang dgn pancaindera kita. Kita hanya mampu untuk membayangkannya dah selebihnya Allah swt Yang Maha Mengetahui segala yg tersembunyi. Ada perkara-perkara ghaib yg kita pelajari di sekolahd dulu dan diwajibkan beriman kepadanya adalah syurga, neraka, hari akhirat, alam barzakh dan sebagainya. Ada juga perkara ghaib yang kita sering lupakan antaranya kesihatan, penyakit, maut, jodoh dan sebagainya dan ketahuilah bahawa perkara-perkara ini juga adalah 'makhluk' yang dijadikan oleh Allah swt.

Ada anak seorg sahabat bertanya "Mama, nyawa tu apa?"... Ya nyawa itu jugalah sesuatu yg ghaib. Setiap umat manusia tdk kira Islam atau bkn Islam terdiri daripada 2 komponen - jasad (tangible) dan nyawa/roh (intangible). Apalah ertinya seorg manusia itu tanpa jasad begitu juga apalah gunanya jasad tanya nyawa. Jasad tanpa nyawa hanyalah sekujur tubuh yang tiba masanya utk dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikuburkan. Saat ini tamatlah riwayat hidup seorang anak Adam. Hanya amalan kebaikan mereka yg dibawa bersama-sama ke alam barzakh, tidak harta mahupun kaum keluarga.

Ttp kita jgnlah pula beriman kepada benda yg ghaib yang membawa kepada kekufuran, jgnlah sesekali kita menyegutukan Allah swt. Sesetengah daripada kita suka 'membuat lawatan' berjumpa dgn bomoh2 atau dukun bagi mendapatkan sesuatu hajat. Nauzubillah.. semoga kita dijauhkan daripada perkara2 tersebut.

Bukankah kita mempunyai Allah swt yang mentadbir setiap yg berada di bumi, langit dan segala2 yg berada diantaranya. Malah Surah Al Fatihah ayat ke 5 "Engkaulah sahaja yang kami sembah & kpd Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan". Berdoalah kepadaNya, nescaya Allah swt memakbulkan permintaan kita. Saya diingatkan oleh seseorang bahawa jika kita berdoa 5kali sehari x 30hari = 150kali doa dalam sebulan.. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah, kerana Allah tidak sekejam itu. Cuma masa akan menentukan - lambat atau cepat utk dimakbulkan kerana Allah swt mengetahui setiap perkara yg baik atau buruk bagi kita. Termakbul atau tidak sesuatu doa itu adalah berbalik kepada diri kita sendiri, kesan dosa kita juga blh membuatkan doa kita ditolak dan hendaklah kita sentiasa bersangka baik terhadap Allah dan terus berdoa. Doa terbaru yang saya masukkan setiap kali berdoa adalah: Ya Allah, jgnlah Kau jadikan aku seorang yang berputus asa dlm mencari keredhaan dan pengampunanMu. Jgnlah Kau jadikan aku seorang yang berputus asa utk beribadat dan berdoa kepadaMu. Ya Allah, Jgnlah kiranya Kau berputus asa terhadap aku. Amin..

Wallahu A'lam


Tuesday, December 1, 2009

jerangkung dlm almari

antara act-act yg sempat aku snapped blk raya hj aritu.. kisah 2 beradik...



si 'jerangkung' memanggil adiknya.. suh ambikkan suarnyer dpn bilik air.. si jerangkung bru lepas kencing.. terus lompat ke dlm almari...



si adik ngan patuh menurut perintah abgnyer..
si abg memesan agar adik menjaga pintu gua dr dibuka oleh org lain


si adik ngan patuh menurut perintah abgnyer..
aku perhatikan saja gelagat 2org budak kenit ni..


si abg mengintai, ingin memanggil adiknya & bru perasan bahawa gelagatnya diperhati & dirakamkan.. sambil tersenyum simpol...


si abg menanyakan kpd adiknya, "betul ke suar iman?"
Aku dah mula kerisauan melihat baju2 dlm lemari tu dah tunggang langgang..



ni lah si jerangkung dlm cubaanya memakai seluar dlm almari...
setelah sekian kali aku suh keluar dari almari tu, masih juga tak mendpt respond yg positive.. akhirnya aku jerit... "akak, tgk iman ni!!!!'... bru la si jerangkung mengeluarkan dirinya...

Kisah raya hj tahun ni agak berbeza dari tahun2 lepas.. buat julung2 kalinyer aku beraya tanpa mak.. mak mengambil keputusan utk beraya di Kelantan bersama suaminya & pasangan pengantin tersebut melakukan korban pada tahun ni..

Aku blk ke meru, pd mlm raya setelah mengambil troop di Sg Besi.. Alhamdulillah, dua beradik tu dah ok, takde kecik2 ati lagi..

Pagi raya, berpeluang solat sunat Aidiladha di masjid berdekatan.. impressed tgk ustaz2/imam2 yg terdiri drp kalangan org muda2... Hatiku tersgt sayu, banyak juga lelehan airmata ni, start dr subuh hingga ke tengahari.. Buat pertama kalinyer, aku melakukan korban tahun ni.. (thnx friend, kerana mempelawa utk turut serta). Aku berazam melakukannya setiap tahun sekiranya dimurahkan rezeki.. Salah satu takzirah di masjid aritu, apalah sangat duit rm350-450/thn jika dibandingkan dengan pendapatan yg kita terima dlm setahun.. betul, selama ni kita terpk utk membyr zakat sahaja, selebihnya simpan, tanpa mempedulikan ibadah korban.. wpun ianya amalah sunat tp ia amatlah ditekankan. selama ni aku tak pernah terpk utk membuat korban.. Alhamdulillah, tahun ni aku mampu membuat aqiqah & korban utk diriku.. Semoga Allah menerima ibadatku & memurah & memberkati rezekiku di masa2 akan datang.. Amin...