Thursday, November 12, 2009

iman & yaya

Last 2 weeks aku blk meru & ditugaskan mengambik bebdk 2org ni kat sekolah... Kekadang tgk muka & gelagat dorang, nak marah pun tak jadi..

Pagi tu b4 dorang gi sekolah, sempat bermanja2 ngan aku kat dlm bilik.. Iman bagi toy katak, dia kata kang ambik dia bawak toy tu.. aku pun sbg makcik yg baik, bwk je la..

Ni muka dorang bila nampak aku!!!
Dlm ati dorang (agaknya la) asu.. asu.. blh pau asu kat petronas, tgk la muka yaya..!!!!



Yaya masuk je keta, terus bukak tudung, panas katanya...
aku ckp ngan dia, adik jgn la bukak tudung, asu nak tangkap gambar ni



asu tangkap gambar adik camni.. ko tgk la anak sedara aku ni..
sengal cam makcik dia.. ada bakat nak jd joker.. hehehhe


muka iman bila tgk toy katak tu ada dlm keta, suka dia aku ingat 'pesanan' dia...

Wednesday, November 11, 2009

.... di penghujung jalan

Diriwayatkan dr Umar bin Al-Khattab r.a bahawa Jibrail telah datang berjumpa Rasulullah saw bkn diwaktu ia selalu datang. Rasulullah saw menghampir Jibrail dan bertanya "Hai Jibrail, mengapa wajahmu berubah?"

Jawab Jibrail: "Aku diperintahkan datang untuk menerangkan tentang semburan api neraka"

Rasulullah saw berkata: "Terangkan kepadaku Hai Jibrail tentang neraka dan jahanam"

Jawab Jibrail: "Sesungguhnya Allah memerintahkan agar Jahanam dinyalakan apinya selama 1000thn sehingga berubah menjadi putih. Kemudian diperintahkan agar dinyalakan 1000thn lagi lalu menjadi merah. Setelah itu, diperintahkan supaya dinyalakan selama 1000thn lagi maka apinya menjadi hitam pekat dan tidak padam-padam".

"Demi Tuhan yang mengutuskanmu dengan kebenaran, sekiranya lubang Neraka itu dibuka sebesar lubang jarum, maka terbakarlah bumi dan segala isinya kerana betapa panasnya. Demi Tuhan yang mengutuskanmu dengan kebenaran, sekiranya salah seorang dari penjaga neraka ini diutuskan ke bumi, nescaya matilah semua manusia kerana wajahnya hodoh dan berbau busuk".

"Demi Tuhan yang mengutuskanmu dengan kebenaran, jika satu lingkaran daripada rantai neraka diletakkan di atas sebuah gunung, maka tembuslah gunung itu sehingga ke dasar bumi yg paling bawah sekali".

Rasulullah bersabda: "Nasib baik aku tidak mati kerana pecah jantungku mendengar keteranganmu itu Hai Jibrail".

Mendengar keterangan itu Rasulullah saw menangis, melihat akan Rasulullah saw menangis, Jibrail pun menangis. Rasulullah saw bertanya "Mengapa kamu menangis, sedangkan kedudukanmu begitu baik di sisi Allah swt".

Jawab Jibrail: "Bagaimana aku tidak menangis, malah akulah yang lebih berhak untuk menangis kerana siapa yg tahu tentang keadaanku dalam ilmu Allah tidak seperti yagn aku ketahui. Aku tidak tau adakah aku akan mengalami cubaan seperti iblis, sedangkan iblis itu adalah golongan Malaikat. Dan aku tidak tau apakah aku akan mengalami apa yg dialaminya.

Kemudian kedua-dua - Rasulullah saw dan malaikat Jibrail terus menangis sehingga datangnya seruan dari langit "Wahai Jibrail dan Muhammad, sesungguhnya Allah Azza Wajalla telah menjamin engkau berdua tidak akan derhaka".

Note:
Begitulah kisah 2 makhluk Allah yang terlalu tinggi darjatnya. Bagaimana Allah memelihara mereka sehingga ada jaminan bahawa mereka ini tidak akan sesekali derhaka dgn Allah.

Malaikat yang suci tanpa dosa itu juga takut akan dugaan Allah & takut akan seksaan neraka. Mcmana la aku ni manusia hina yg kekadang lupa akan penciptaku & lupa 'apa' yg menanti.

Bagi aku la, dimana dan siapa kita di penghujung jalan nanti adalah lebih penting.. Ya Allah, Kau jadikan aku seorang yg istiqamah dlm beribadah. Jgnlah Kau membolak balikkan hatiku, tetapkan hatiku dgn agama Islam & tetapkanlah ketaatanku dgn agama Islam. Jgnlah kiranya Kau pesongkan hatiku setelah Kau berikan aku petunjuk ini.

Monday, November 2, 2009

Surah Al Kautsar

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

إِنَّا أَعْطَيْناكَ الْكَوْثَرَ
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَ انْحَرْ
Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah


إِنَّ شانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ
Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu, dialah orang yang terputus dari rahmat Allah

Asbab An Nuzul

Diriwayatkan oleh Al-Bazzar daripada Ibnu Abbas, bahawa ketika Kaab . Al-Asyraf (tokoh Yahudi) datang ke Mekah, kaum Quraisy berkata kepadanya "Tuan adalah pemimpim orang Madinah, bagaimana pendapat tuan tentang orang yang berpura-pura sabar yang diasingkan oleh kaumnya yang menganggap dirinya lebih mulia
daripada kita, padahal kita yang menyambut orang-orang yang melaksanakan haji, memberi minum serta menjaga Kaabah?"

Kaab berkata: "Kalian lebih mulia daripadanya.

Maka turunlah ayat in yang membantah ucapan mereka

........................................................................

Dalam riwayat lain oleh Al-Baihaqi daripada Muhajid, bahawa ayat ini turun berkenaan dengan Al-Ashi bin Wail yang berkata "Aku membenci Muhammad". Ayat ini turun sebagai penegasan bahawa orang membenci Rasulullah saw akan terputus segala amalan kebaikannya.

.......................................................................

Dalam riwayat yang lain oleh Ibnu Munzir daripada Ibnu Juraij, bahawa ketika Ibarhim, putera Rasulullah saw, wafat. Kaum Quraisy berkata "Sekarang Muhammad terputus keturunannya". Hal ini menyebabkan Nabi saw bersedih hati. Maka turunlah ayat ini sebagai penghibur baginya dengan membantah ucapan kaum Quraisy itu.


Surah al-Kautsar
adalah surah paling pendek dalam al-Quran, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Mecca. Ia bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasa airnya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan baunya lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi baginda.


Pelbagai fadhilat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya-Allah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  5. Membacanya sebanyak 7 kali pada waktu hendak tidur, InsyaAllah akan terjaga pada waktu yang dikehendaki.
  6. Jika orang teraniaya dan terpenjara, membacanya sebanyak 71x, insyaAllah akan diberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi