Wednesday, September 9, 2009

Kunci Kejayaan

semlm seblm tdo, baca sket.. just wanna share kunci2 kejayaan dlm hidup. setelah ditatapi ia tidak susah sgt utk dibuat, takde modal wang ringgit yg perlu dikeluarkan. cuma doa, usaha, iman & tawakal yg diperlukan bg mencapai apa yg dihajati..
  • Kunci kemuliaan: taat kepada Allah & RasulNya
  • Kunci rezeki: usaha disertai dgn istighfar & takwa
  • Kunci syurga: mengEsakan Allah
  • Kunci iman: Renung ayat-ayat Allah & tanda-tanda kebesaran yg ada pd makhlukNya
  • Kunci kebaikan: kejujuran
  • Kunci kehidupan hati: baca Al-Quran, berdoa di mlm hari & tinggal perbuatan dosa
  • Kunci ilmu pengetahuan: tidak malu bertanya & mendengar dengan baik
  • Kunci kemenangan & kejayaan: sabar
  • Kunci kebahagiaan: takwa
  • Kunci bertambah nikmat: bersyukur
  • Kunci cintai akhirat: zuhud terhadap duniawi
  • Kunci doa dimakbul: berdoa

Tuesday, September 8, 2009

8th & 9th Nite

9th Nite
ramai di kalangan kita yg tak tau nak focus utk mendptkan ganjaran pd bulan puasa. pdhal pd bulan puasalah, Allah melipatgandakan pahala agar hambaNya dpt beramal soleh & meminta keampunan.

4 perkara blh dilakukan utk mendptkan pahala pd bln puasa:
1. puasa itu sendiri
  • kenalpasti amalan yg blh kita kaut pahalanya- perbyk solat sunat, bersahur, berbuka awal.
  • bkn saja buat amal soleh tp juga kena tinggalkan perkara yg jika dibuat mendatangkan dosa.
  • kawal nafsu - Ramadhan adalah bulan terbaik utk melatih/mendidik nafsu

2. hidupkan mlm2
  • jika kita solat tarawih & tunggu sehingga imam selesai, kita dpt pahala seolah2 mendirikan solat sepanjang mlm (qiam). kebykkan kita skang, selepas rakaat ke8, ramai yg blk & witir di rumah.. nilah sesuatu yg kita perlu ubah. kita kenalpasti masjid yg buat 8/20 rakaat (quality vs quantity) & kenalpasti kemampuan kita. sesungguhnya Islam itu tdk memberatkan umatnya
  • dirikan solat sunat - tahajjud, taubat, hajat & witir. Mohon pada Allah diampunkan dosa, dilepaskan dr neraka dan dikurniakan syurga
  • jgn tggkan iktikaf di mlm2 terakhir kerana disitulah patut kita focuskan.. kebanyakkan masjid2 pun akan lenggang bila dah ujung2 Ramadhan..
  • kejutkan isteri2 yg haid utk bangun jugak pd mlm2 terakhir, wpun hanya dengan memasak atau menggosok baju. kalaulah pd mlm tu, mlm lailatur qadar, dptlah si isteri pahala 1000mlm menggosok baju & memasak (eh, buat lawak plak ustaz ni, heheh..)

3. bykkan baca Al Quran
  • amat2 dituntut oleh As Sunnah
  • seelok2nya dibaca secara tadarus. Tadarus: satu pihak memeriksa pihak satu lain

4. bykkan ihsaniah
  • seafdal2 sedekah adalah dibln Ramadhan
  • memberi mkn kpd org berpuasa - kita dpt pahala puasa kita & juga org yg berpuasa itu, tanpa berkurangan sedikit pun
  • ustaz suggest jdkan financial year end kita pd Ramadhan so that kita blh kuarkan zakat pd bln Ramadhan - dpt pahala zakat & pahala sedekah (good idea ni!!)
  • halalkan org2 yg berhutang dgn kita

8th Nite


Ada 1 peristiwa, ketika Rasulullah sedang menaiki tangga mimbar. Di tangga pertama, Rasulullah swt, menyebut AMIN. Naik pula tangga kedua, Rasulullah sekali lagi menyebut AMIN dan ketika naik tangga ketiga, Rasulullah menyebut AMIN buat kali ketiga.

Apabila Rasulullah turun, para sahabat bertanya, apakah yg diAMINkan oleh Rasulullah saw tadi. Rasulullah saw menjawab, ketika Baginda menaiki tangga mimbar, malaikat Jibrail mendoakan 3 perkara & Rasulullah mengAMINkannya.. 3 perkara tersebut adalah:

1. binasalah org yg tidak berselawat ke atas Rasulullah saw apabila namanya disebut
Pernahkan kita terpikir bahawa Allah & para malaikat juga berselawat ke atas Rasulullah saw.. Begitu mulia manusia agung ini.. Aku terbaca bahawa mas kawin Nabi Allah Adam & Hawa (ketika mereka dinikahkan di syurga) adalah 3kali selawat ke atas Rasulullah saw.

ramai drp kita tak tau betapa besar fadhilatnya apabila ketika kita berselawat ke atas Nabi saw. antara fadilat2nya:
  • apabila kita berselawat, Allah akan mengampunkan 10 dosa & mengangkat 10 darjat kita
  • mendapat syafaat Nabi Allah Muhammad saw pd hari kiamat
  • terdpt 1 malaikat yg diberi kemampuan mendgr org yg berselawat ke atas nabi & malaikat ni berada di atas kubur Rasulullah saw. Apabila kita berselawat, malaikat tersebut akan berkata "Wahai Muhammad saw, fulan ibni fulan sedang berselawat ke atasmu"
2. binasalah org yg tidak memelihara ibubapanya

3. binasalah org yg tidak mendpt pengampunan ketika di bulan Ramadhan
bila seseorg itu tidak mengambil peluang utk beribadat, memohon rahmat & pengampunan dr Allah pd bulan Ramadhan.. hanya sekadar berpuasa yg mendpt lapar & dahaga sahaja

ilmu & iman harus berjalan serentak. untuk jd beriman, kita kena tuntut ilmu, jika hanya bersandar pd semangat, semangat itu akan luntur.


Dulu aku terpikir, bukankah lebih baik wanita itu solat dirumah nyer berbanding di masjid.. kemudian selepas mendgr beberapa siri tazkirah, solat berjemaah itu sebenarnya lebih afdal & gudang ilmu adalah dimasjid.. kita tidak dilarang utk ke masjid selagi kita menjaga aurat, niat & tidak berwangi2.. Rasulullah saw juga tidak melarang wanita pd zaman dahulu utk berjemaah di masjid cuma tidak digalakkan saja.. tp pd zaman ni, kalau kita nak tuntut ilmu, ia adalah amat diwajibkan.. so pasni fiqq, kita jemaah di masjid ye

Monday, September 7, 2009

inilah ketentuanNya

arini dah masuk 16 hari kita berpuasa.. alhamdulillah, setakat arini aku masih blm tinggal puasa & terawih.. tahajjud je tertgg 2mlm.. kes terbabas tdo..

& ari ni aku terlalu sedih, sbb aku period. mgg ni akan masuk 10mlm terakhir Ramadhan, akan tiba mlm yg dinanti2kan.. dr awal Ramadhan aku dah doa semoga Allah beri aku kekuatan fizikal & mental, diberikan aku kesihatan yg sejahtera, diberikan aku nikmat tdo sekejap utk aku menjalani mlm2 terakhir & semoga aku ditemukan ngan mlm lailatul qada'.. aku tau aku kena redha sbb ni lah ketentuanNya & kehendak alam bg seorg pompuan.. harap2 cepat kering & aku dpt meneruskan 'pencarian' aku.. Ya Allah, Kau kurniakan aku kesihatan yg sejahtera agar aku dpt beribadat kpdMu Ya Allah..

tp alhamdulillah, ahad pagi, masjid ada buat program solat sunat dhuha, tasbih & hajat.. aku berkesempatan join.. teringat masa kat mecca dulu, solat dhuha, hajat, etc kat masjid seblm umrah.. syok gak solat pepagi ni, suasana hening gitu, ada feel.. blh tangkap leleh..!! hehehe...

tgh sujud, aku tersedar, masyaAllah sudah terlalu lama aku memalingkan muka aku drMu Ya Allah.. kini aku dtg memohon keampunanMu Ya Allah.. wpun dosa aku byk Ya Allah, tp rahmatMu mengatasi murkaMu.. Kau berilah pengampunan sebaik2nya di sisiMu Ya Allah..

aku tak kisah kalau geng ngan kakak2 or makcik2 kalau itu blh mendekatkan diriku ngan Penciptaku..

ahad mlm juga berkesempatan khatam quran secara tadarus.. alhamdulillah.. ada gak hikmahnya aku period arini.. tu la, we must look at both side of d road, then we'll see things from different perspective.. & kita akan redha akan segala ketentuanNya.. now aku feel ok..

aku rembat sony ericsson W302 last friday setelah phone current mintak ditukar.. masih dok belajar lg function2 dia & d big prob is aku aku tak blh nak transfer all the phone nos, so aku kena copy satu/satu.. aku kena cepat sementara phone lama tak buat hal.. takut sekali dia merajok, langsung tak blh on, cam aritu.. still within d bajet.

ni hp baru mak... ok la wpun tak secanggih from previous phones..

Friday, September 4, 2009

Adab Berdoa

aku kan plan nak buat himpunan doa2 kat blog ni.. aku percaya suma yg kita buat adalah atas kehendak & ketentuanNya.

1 mlm sementara nak tgg isyak, ada kakak ni bagi aku kertas bertajuk 'Adab-Adab Berdoa'. nak berdoa mesti tau adab2, ye tak!!?? aku rasa ni mmg bagus sbg mukadimah kpd 'himpunan doa' aku..

Berdoa kpd Allah swt adalah sgt2 dianjurkan. Firman Allah swt yg bermaksud: Telah berkata Tuhan kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya Aku makbulkan doa kamu - Surah Ghafir: 60

FirmanNya lagi yg bermaksud: Serulah Tuhanmu dengan merendahkan diri & secara sembunyi2 - Surat Al-A'raf: 55

Ingatlah wahai muslimin & muslimat, Baginda Nabi saw memperingatkan kita bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan oleh Allah swt jika kita makan, minum benda2 haram & melakukan perbuatan haram. HR Iman Muslim

Menurut Al-Hujjah Al-Islam Iman Al-Ghazali, adab berdoa ada 10:

1. Tunggu pd waktu yg mulia spt hari wukuf di Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, waktu sahur & berbuka & sebagainya
2. memilih keadaan yg mulia spt ketika sujud, di medan jihad, bermusafir, turun hujan (ni bru tau)
3. mengadap ke arah Qiblat
4, imbangkan suara, jgn terlalu kuat
5. jgn bersajak ketika berdoa - maksudnya jgn melampau2 dlm susunan kata, memadai dengan perkataan2 yg ringkas.
6. merendah diri, khusyuk & simpan perasaan takut
7. bersungguh-sungguh & yakin doa akan diijabahkan Allah swt.. (ijabah ni perkataan AA.. heheh)
8. serius ketika berdoa & lebih baik jika diulang sebyk 3kali
9. mulakan dgn menyebut nama & pujian kpd Allah swt serta selawat keatas Nabi saw - semoga terangkat hijab.
10. paling penting hendaklah bertaubat, kembalikan brg yg dizalimi & kembalilah kpd Allah swt.

semoga dgn ilmu yg sket ni, dpt kita berkongsi dan memanfaatkannya ke arah mencari keredhaan & keampunan Allah swt

rencah kehidupan

was on leave yesterday, sbb pg tu aku gastrik.. muntah2 segala.. dah lama tak kena camtu..!! last2 aku gi clinic, ambik mc.. bila dah decide nak mc, mcm2 plan aku nak buat.

one of it is to potong rambut aku yg lebat & berat ini.. aku pun round2 kat bandar baru ampang tu, ternampak fiza saloon.. masuk, aku ckp aku nak potong rambut.. dia kata ok, tp kena tunggu kejap sbb 'hairstylist' kuar.. aku pun sesiap bukak tudung segala... sekali ada lelaki masuk, terus dtg kat kusi aku, tanya nak buat apa.. aku tanya "u hairstylist ke?".. dia jawab yes.. aku terus say sorry, tak jadi la potong rambut.. aku terus capai, pakai tudung terus blah.. bengang je aku.. kat sini tak tau nak salahkan sapa.. tp aku salahkan owner la kot.. dia dah tgk aku bertudung, berstokin segala, bgtau la hairstylist lelaki.. or salah aku ke sbb tak tanya!!?? heheh..

aku gi kedai cina, aku masuk aku tgk ada 1 corner yg bertutup ngan kain.. so aku senang ati sket.. kedai melayu tak disediakan tempat 'bertudung' & hairstylist nyer lelaki.. kedai cina ada tempat bertutup wpun hairstylist nyer ada yg lelaki dan ada pompuan.. tu la rencah kehidupan sebenar..

cina dpt gunting spt kels dpt roda, abis ditarahnyer rambut aku.. aku tgk cara dia potong aku dah tau, mesti rosak la rambut aku!!! tp aku redha je la, tak sanggup aku nak ke subang semata2 nak potong rambut..

tefon plak buat hal.. mcm tau2 je aku nak dpt vit B (atau lebih kenali sbg kurnia, pala hotak dia kurnia, tp syukur alhamdulillah) tau!! tp takkan ku spend melampau dgn membeli hp beribu riban, cukup setakat rm300-rm500.. akan aku simpan suma vit B itu.. hehe.. semangat ni, semangat!!!

aku harap gastrik aku akan bertambah baik & aku dah tukar plak program herbalife.. buka - nasi, blk masjid - herbalife, sahur - herbalife... Ya Allah Ya Tuhanku, Kau sembuhkanlah aku dari sebarang penyakit dan kurniakanlah aku kesihatan yg sejahtera supaya aku dpt beribadat kepadaMu. Kau berilah aku nikmat tdo sekejap Ya Allah, kerana sesungguhnya aku ingin tahajjud Ya Allah..

Tuesday, September 1, 2009

pesan bonda

Ummu Mu'ashirah menasihati puterinya sambil menangis & tersenyum: "Wahai puteriku, engkau bakal menghadapi hidup baru, hidup yg bapa & ibumu tdk mendpt tempat. Engkau akan menjadi teman setia bg suamimu. Suamimu tdk akan redha ada org lain yg turut campur dlm urusanmu & urusan suami, wpun mereka masih memiliki hubungan darah dgnmu."

"jdlah seorg isteri dan ibunya baginya. jdkan dia merasa bahawa kamu adalah segala baginya. Jgn sekali-kali menyebabkan dia merasa bahawa pernikahannya dgn kamu telah menghalangimu dr keluarga kerana sesungguhnya perasaan itu juga dirasai oleh suamimu, kerana dia juga telah meninggalkan keluarganya utkmu. Yg berbeza adalah perbezaan perasaan antara lelaki & perempuan. Kamu haruslah membiasakan diri dgn kehidupan baru mu. Kamu harus berusaha mengatur hidupmu bersama lelaki yg kamu pilih sbg suami, pelindung & ayah kpd anak2mu."

"Wahai puteriku, inilah keluargamu yg kamu akan bangun bersama di waktu pagi. sesungguhnya ibu tidak meminta kpdmu agar melupakan ayah & ibumu kerana sesungguhnya kami juga tdk akan melupakanmu, wahai sygku. ttp apa yg ibu minta adalah, hiduplah bersamanya & jalanilah hidupmu dgn bahagia bersamanya.

Note:
itulah pesan seorg ibu apabila anaknya menjejakkan kaki ke alam perkawinan. aku percaya redha/restu ibu adalah penting dalam kebahagian sesuatu rumahtangga wpun kita hidup di zaman moden ni & anak2 blh membuat pilihan & keputusan sendiri. aku pun kalau berada dlm situasi ni, aku pasti dptkan 'greenlight' dulu.. tak sanggup aku nak ketepikan mak aku demi seorg lelaki.

kalau tgk from different perception, bahawa begitu tinggi kedudukan seorg suami itu sehingga si ibu memesan kpd anaknya agar menjaga suami/rumahtangga (rumah, anak2) & urusan rumahtangga. jgnlah kita sesekali meminta suami kita memutuskan hubungannya dgn keluarganya unlike kita (isteri). apabila berkawin, wanita adalah lebih bertanggungjawab terhadap suami nya berbeza ngan si suami yg tanggungjawabnya tetap kepada ibunya.

jgnlah kita suka mengadu domba ttg masalah rumahtangga kita. selagi ada jln penyelesaian, selesaikan dgn cara yg terbaik kerana pendpt aku, mengadu domba sebenarnya menambahkan masalah. sbb kebahagian rumahtangga ini adalah subjektif - tiada 1 pihak yg sentiasa betul & tiada 1pihak yg sentiasa salah.

setiap perkara yg hendak dilakukan mestilah ada planning.. & planning ni mestilah dipersetujui oleh kedua2 belah pihak..

kalau lelaki (suami) tau/paham apa yg dipertanggungjawabkan ke atas mereka, bkn kah itu lebih baik..


blogger tegar

Aku ni mcm nak jd blogger tegar je, heheh, tp bkn ada citer best pun cuma aku ada plan terbaru utk blog aku ni, antaranye :

BOOKCLUB - aku nak buat review buku2 /article yg menarik utk dikongsi bersama.. sebarang comment / pembetulan dialu2kan sbb aku bkn pandai sgt pun..

himpunan DOA - semoga kita dpt mempraktikkan mana yg baik..

Semoga dipermudah segala urusan & diberikan aku kelapangan.

last wiken, blk meru, nothing interesting.. iman semakin nakal & dah pandai melawan.. yaya semakin ngades, aku nak blk aritu pun dia merenggek2, tp aku tak layan.. setelah lebih kurang 10hari berbuka di masjid, rasa tak syok plak berbuka kat rumah.. heheh.. memcm aku ni!!...

ahad mlm dah blk ampang, monday kemas rumah segala..

managed to speak to AA on Saturday ptg. Dia kat rumah, bru pas zohor. 2/8 bru ada jemaah.. mintak dia sampaikan salam aku pd Rasulullah saw. Ada ketika perasaan rindu tu dtg, blh tangkap leleh.. hehehe

so sbg mukadimah BookClub.. aku nak petik dr Jgn Bersedih - Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni. Actually buku ni adalah atas pemberian seorg kawan (atau blh disebut sbg sahabat) sempena bday aku.. heheh.. tq friend, semoga kita sama2 dpt memanjangkan sedekah & berkongsi ilmu..

Lebih Baik Mati Drp Melakukan Perbuatan Haram
Seperti yg kita tau, citer pemuda Al Kahfi yg tlh ditdokan oleh Allah kerana menjaga tauhid mereka dr Raja yg Zalim.. Setlh mereka di'bgn'kan, kesemua pemuda2 tersebut menceritakan amal soleh mereka.

Pemuda yg kedua berkata:-

Aku mempunyai seorang sepupu yg sgt ku cintai sebagaimana kecintaan seorg lelaki kpd wanita. Aku ingin mengauli dirinya, ttp dia menolak ajakan. Suatu hari tiba musim kemarau dan dia mengalami kelaparan. Dia dtg kpdku meminta tolong & ku tawarkan wang 120dinar dgn syarat dia membiarkan diriku menikmati tubuhnya.

Tiada jln lain baginya, kecuali memenuhi permintaanku. Sehingga aku tlh berada di antara kedua kakinya, lalu dia berkata "Bertakwalah kpd Allah & jgnlah merosakkan kehormatanku melainkan dgn kebenaran iaitu pernikahan."

Aku tersentak dgn bisikan imanku & aku sebenarnya blh menikahinya tanpa melakukan zina. Tubuhku menjadi gementar & segera aku bertaubat.

Nota:
MasyaAllah, tinggi sungguh takwa/iman wanita tersebut. Takwa sebeginilah yg dituntut oleh agama, kita dikehendaki bertakwa walau dimana & dlm keadaan apa pun, wpun dlm keadaan yg terdesak (dlm article ni - dlm keadaan yg tersgt lapar). Itulah keadaan wanita tersebut yg sanggup mati drp melakukan dosa.

sbb tu kita kena tanam perasaan takut, tunduk & tawaduk kpd Allah agar kita tau/sedar bahawa Allah sentiasa memerhati gerak geri kita & apa yg terdetik dlm hati kita.