Friday, August 28, 2009

Khutbah Terakhir Rasulullah saw

Bersempena dgn hari Jumaat (penghulu segala hari) - 28 August, 2009.. marilah kita sama2 mengucapkan selawat & ucapan penghormatan kepada Rasulullah saw

“Bacalah: Dengan nama Tuhanmu yang Menciptakan, Yang menciptakan insan (manusia) dari sebuku (segumpal) darah (beku); Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar insan melalui (perantaraan) qalam, Yang mengajarkan insan apa yang tidak diketahuinya.” (Surah al-Alaq 1-5) - Wahyu berupa Ayat Pertama yang diturunkan oleh Allah SWT menerusi Malaikat Jibril A.S. di Gua Hira'

Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari
khutbah terakhir Rasulullah SAW
disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah
di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. (Nota 1)

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. (Nota 2) Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan keatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. (Nota 3)

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. (Nota 4)

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.


“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3) (Nota 5)
Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW
tidak lama selepas Khutbah Wida'


Aku pernah terima risalah ni dulu, tp aku just baca tanpa menyelami setiap perkataan/maksud yg tersirat. Sekembali aku dr umrah, aku terima lg risalah ni, aku baca dgn hati, tanpa aku sedari airmata mengalir mencurah2. Bru aku sedar betapa kasihnya Allah swt kepada hambaNya dan betapa sygnya Rasulullah saw kpd umatnya hingga Rasulullah meninggalkan pesan kpd kita.

Mari kita kupas sket mengenai risalah ni dr apa yg aku rasa/pemahaman aku:

Nota 1
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Selamilah ayat tersebut tersebut - Rasulullah mintak kita sampaikan risalah ni kerana Rasulullah saw semmgnya mengetahui bahawa Baginda akan meninggalkan kita dan tidak mampu utk 'bersama' dgn umatnya lagi. Rasulullah mintak kita dgr kata-katanya (nasihat-nasihatnya) utk kita melayari hidup di dunia & seterusnya mendpt balasan akhirat

Nota 2
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

Sesungguhnya Rasulullah saw memesan kpd org lelaki (bapa, abg, & suami) agar tidak mengabaikan kaum wanita (ibu, adik badik pompuan, anak & isteri) mereka. Sbb tu tanggungjawab anak lelaki kpd ibunya tak putus wpun dia telah berkawin.

Kerana mereka (kaum lelaki) adalah ketua dlm sesebuah keluarga dan kaum wanita perlukan bimbingan dan sokongan. Kalau suma lelaki paham konsep ni, aku rasa rate penceraian akan kurang..

Nota 3

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan keatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Rasulullah saw berpesan kpd kita agar sentiasa menjaga aqidah, agar kita tidak tergelincir dr Islam.

Nota 4
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Sesungguhnya Rasulullah saw telah membawa Cahaya Kebenaran (Islam). InsyaAllah tidak akan menjd 'kafir' (kembali menyembah berhala - merujuk kpd zaman jahililah dulu). ttp Rasulullah risau kita akan leka ngan dunia sehingga menyebabkan kita lalai kepada ajaranNya. & kita tidak akan sesat selagi kita berpegang pd Al-Quran & Sunnah, tu jaminan Rasulullah. So setakat mana 'Islam' kita??

Nota 5
“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)

MasyaAllah.. Allah redha Islam sbg agama kita & betapa indah & sempurnanya Islam itu.


Aku sedih/sebak bila menyedari Rasulullah saw telah pergi meninggalkan kita tanpa ada peluang utk kita bertemu, berkenalan atau berjabat tangan dgn Manusia Agung ini. Timbul satu perasaan yg aku ingin mengenali Rasulullah saw dgn lebih dekat. Masa antar mak, aku tergerak hati nak gi kedai, tgk2 kat rak - ada buku "Lahirnya Cahaya Kebenaran, Sejarah Hidup Nabi Muhammad saw" - Haji Husseiny bin Zamburi. Aku beli & skang dlm proses membaca & inilah buku berunsur keagamaan pertama yg aku beli.

InsyaAllah jika diberi kelapangan, aku akan post serba sedikit mengenai Rasulullah saw. semoga kita sama2 dpt mengenali Rasulullah saw dgn lebih dkt (ttg keperibadiannya, tuturkatanya, kepimpinannya, kasihsygnya, ketegasannya) dan juga serba sedikit ttg sejarah Islam.

Ya Allah, Ya Tuhanku.. Kau kurniakanlah syafaat NabiMu pada hari bila anak cucuku sudah tidak mampu membantuku

Thursday, August 27, 2009

Solat lah kamu

Takut jugak nak mulakan bab ni, takut ada perasaan riak/takbur.. tp aku rasa ada 1 benda yg aku nak share.. sebenarnya kan, aku tersgt malu nak membuka pekong di dada, tp ni la hakikatnya. aku ni sebenarnya seorg hamba yg SGT lalai.. frankly aku ckp aku langsung tak solat dulu.. langsung ok!!!... aku pun tak ingat when was d last time aku solat.. masa dok Desa adalah 2,3 kali kot.. pastu bila pindah pun sama..

terus terang aku ckp, masa tu jiwa aku tak tenteram. bila jiwa tak tenteram, melados pun makin kuat, seolah aku tercari2 apa yg aku nak.. idup aku rasa mcm takde objective, jiwa aku kosong, hati aku keras/degil/hitam...

sampai la ketika aku dijemput utk menunaikan umrah.. org 2,3 bln nak gi, solat taubat/hajat, aku buat dek je.. mak aku selalu bising.. aku 2,3 ari nak gi baru nak cari sejadah, sampai ely ingatkan aku, "ko dah sembahyang taubat ke"!!! smpai tahap camtu aku lalai!!!

masa umrah, aku doa kat Allah semoga aku diberi kekhusyukan solat, perasaan syg pd solat, kerajinan utk solat, hindar sifat malas, tanam rasa bersalah kalau aku tgg solat..

alhamdulillah atas kurniaan Allah, sejak blk dr umrah, aku jaga solat aku.. skang secara automatically solat is akunyer 1st priority. kalau wiken nak kuar & 1st thing aku make sure is telekung. kalau kat ofis pun, aku make sure time appt tak langgar waktu solat.

skang mmg berbeza, hati aku jd tenang, hati aku dah tak berapa keras, skang airmata ada sket senang utk mengalir.. & frankly skang kalau dah masuk waktu, aku blm get ready, hati aku rasa lain mcm.. rasa restless..

Allah berfirman bermaksud: Solatlah kamu bagi mengingatiKu..

Sbb tu solat tu tiang agama sbb solat tu TERAMAT PENTING.. bila tiang tak teguh, hidup kita jadi terumbang ambing, hidup takde objective, & seolah2 tdk mendapat petunjuk dr Allah.. Ada kwn mengadu ngan aku, dia pun rasa hidup dia seolah2 tdk ada objective, tak tau apa yg dia cari (aku rasa aku paham perasaan dia, sbb aku pun dah rasa dulu). 1thing aku pesan was SOLAT.. SOLAT dulu.. tak khusyuk pun takpe, jgn give up.. sambil tu berdoa.. (aku pun bkn terer sgt dlm hal ni, masih merangkak2) everyhing will fall into its places, insyaAllah..

& aku rasa dlm solat tu sendiri ada rahsia, yg kita kena explore sendiri.. susah aku nak explain part ni, jd kenalah solat bagi merasainya.. bru skang aku dpt merasai 'manisnya' solat ketika umur aku 34thn.. Aku bersyukur ke hadrat Allah kerana membuka hatiku skang, wpun dah 34 & bkn pada umur yg lewat.. Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu yg lalai.. kini datang rukuk & sujud memohon keampunanMu Ya Allah.. Kurniakanlah aku kekhusyukan solat, kurniakan aku kemanisan solat.. & jgnlah kiranya Kau tarik nikmat ini Ya Allah.

Airmata aku mengalir ketika menyiapkan posting ni!!! nasib baik takde org

6th & 7th Nite

7TH NITE
Bulan Ramadhan ada 3 peringat - awalnya terdpt rahmat, pertengahannya ada keampunan & akhirnya terlepas dr azab api neraka.

Puasa 3 peringkat:
Pertama: tahan lapar / dahaga / tdk bersama suami/isteri - just basic normal things
Kedua: hati anggota turut berpuasa dr berniat buruk (tahan nafsu)

nafsu tlh diseksa oleh Allah beribu-ribu tahun kerana tdk mahu mengaku Allah sbg Tuhan. Nafsu kata kepada Allah, Aku, Aku, Engkau, Engkau. nafsu diseksa dlm keadaan sejuk, tak nak tunduk. Diseksa lg dlm keadaan panas, still tak nak tunduk, kemudian diseksa dlm keadaan lapar, barulah nafsu tunduk mengaku akan KeEsaan Allah.

So pengajaran, puasa dpt menundukkan nafsu & ada jln keluar bagi nafsu adalah dgn berkawin. Manusia dan rumahtangga blh runtuh disbbkan nafsu dan nafsu tidak akan pernah puas kpd perkara2 haram.

Manusia dikurnia akal - yg dpt membezakan baik & buruk, yg membezakan manusia & binatang..

Manusia akan sesat jika tdk ikut perintah Allah & cara utk elak sesat is kembali kpd Allah. Salah satu cara kembali is solat. Solat mengajar kita ttg ketuhanan. Solat ada connection dgn Allah. Hadirkan hati & fahamkan maksud bg mencapai khusyuk. semoga dgn kembalinya kita kpd Allah - dpt melahirkan perasaan tawaduk, tunduk & takut pd Allah.

Tingkat kesabaran antara suami/anak/rakan kerja.. Allah syg pd org yg sabar. Sabar adalah akhlak paling terpuji.

Byk perkara blh diselesaikan dengan kesabaran.

Ibubapa MESTI/WAJID didik anak krn bakal disoal nanti

Ketiga: bykkan ibadah - zikir, bersedekah, baca quran, tahajjud, minta ampun & berdoa, jaga zahir & batin

Skang adalah masa utk kita berdoa agar segala masalah dpt diselesaikan, kerana InsyaAllah doa dimakbulkan. Masalah itu adalah ujian dr Allah & Allah tdk akan uji umat diluar kemampuannya.

semoga ibadat kita menjdkan kita seorg yg bertakwa.

Renung sejenak mengenai kekuasaan Allah:
- lihatlah pada ciptaan Allah di langit & bumi
- lihatlah siang & mlm yg silih berganti
- lihatlah keadaan sekeliling - diri kita & org lain

REMINDER: SILA JGN TANGGUH ZAKAT YE


6TH NITE
tazkirah mlm ni, aku agak blur sket. aku try conclude je la.. ustaz citer pasal nafsu, penting jugak nafsu dlm diri kita ni eh, since aritu tazkirah mesti ada sebut pasal nafsu.

Dlm bln Ramadhan, syaitan dibelenggu tp yg masih tinggal dlm diri kita ialah nafsu. Nafsu skang menjd keliru utk berbuat amal soleh atau sebaliknya & skang akal memainkan peranan penting dlm mengawal nafsu. Jika kuat akal kita, ia mampu mengawal nafsu kita utk beramal soleh & kita blh dianggap sbg org yg berjaya kerana berjaya menundukkan nafsu.

Ustaz sebut gak psl mlm lailatul qadar, dimana amalan soleh diberi ganjaran pahala sebyk 1000 kali ganda. TTP BKN NILAI PAHALA yg kita cari, kita skang MENCARI KEREDHAAN & KEAMPUNAN ALLAH. Ustaz pesan gak agar kita berserah/tawakal pd Allah, sbb bkn suma org berpeluang 'berjumpa' ngan lailatul qadar, ustaz pesan jaga tarawih & jaga tahajud. Camner la rezeki aku eh, yg bru 1st nak cari mlm yg penuh keberkatan ini. "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau temukanlah aku dgn lailatul qadar supaya aku dpt berdoa kepadaMu agar aku mendpt rahmat, keberkatan, keredhaan serta keampunanMu Ya Allah. Kau permudahkanlah segala urusanku & lapangkanlah dadaku".

Wednesday, August 26, 2009

aku takut sebenarnye

sejak blk dr umrah, aku rasa aku byk berubah & aku harap perubahan ni adalah sesuatu yg positif & consistent.. aku takut aku tak istiqamah & hangat2 naik hayam je.. Ya Allah Ya Tuhanku, jglah kiranya Kau pesongkan hatiku ini setlh Kau berikan aku petunjuk & jgnlah Kau hinakan aku di hari pembalasan kelak

antara perubahan besar yg aku rasa is TV.. aku dah jarang sgt tgk tv skang & tv sudah tdk lg menjadi sesuatu yg mengembirakan aku. skang aku just bukak 106 (dedulu mana ada bukak 106 ni, azan pun jarang nak dgr) tgk indahnya iman (sbb tu bila ustaz asri meninggal, aku rasa sedih + terkilan, sbb aku bru nak mengenali beliau) & dgr azan.. pas azan trus tutup tv & laksana tanggungjawab. aku rasa tv adalah sesuatu yg melalaikan.. bayangkan dulu, blk keje, kul 5-1200 tgk tv.. layan tv wpun citer ntah hapa2.. solat ke mana apa ke mana!!!

dengar lagu2 pun skang dah kurang.. aku dah start belajar beli cd berunsur keagamaan. 1st cd yg aku beli - munif ahmad, penawar hati - selawat atas Nabi saw. & klili bg pinjam cd munif ahmad - istighfar.. best gak.. nanti nak suh dia beli tuk aku gak.. aku hope by listening to all these, dpt membersihkan hati dlm usaha aku mendekatkan diri ngan Allah..

aku takut gak perception dr kengkwn, AMAB esp.. takut dorang pikir aku nak menjauhkan diri drp dorang.. takut dorang tak nak include aku dlm program dorang. takut dorang tak nak kawan ngan aku for watever reasons.. tp betul aku rasa skang byk pendpt aku dah tak sama ngan dorang.. takut gak kehilangan kwn esp AMAB.. aritu lazli sms, ckp nak buka puasa sesama.. aku call ckp, aku mintak maaf sbb mungkin tak dpt join dorang thn ni. Lazli tanya kenapa, aku senyap, dia ckp "ko nak tarawih eh".. aku aah kan je.. bkn aku tak nak join, tp aku mmg mengharap tak tgg tarawih.. kalau period, insyaAllah aku join.. tp harap2 jgn la period.. heheh..

1 benda yg aku takut is family aku.. aku rasa mak aku ada letak harapan ustaz dtg based on perubahan aku. mmg tak dinafikan, aku pun mengharap ustaz dtg.. tp tu bkn priority aku.. perkara ustaz skang dah jd no2.. kalau dia dtg, is a bonus..

bila pikir pasal ustaz ni pun buat aku takut.. bkn takut dia tak dtg.. aku takut bila dah kawin nanti, bru dia tau betapa ceteknyer ilmu aku ttg ugama.. takut dia menyesal plak.. mungkin dia mencari sorang yg 'sama level' dia & aku tdk mencapai standard dia.. perkara ni aku serah pada Allah kerana Allah saja yg tau segala2 yg terbaik utk aku & dia...

ada lg benda yg aku takut - pasal TJ. Aku tau TJ tak blh terima hakikat ni - bahawa hati aku skang kat org lain.. tp dia seolah takmo paham & still trying to win me back.. smpai kekadang aku jadi kesian kat dia.. dah lama gak tak jumpa.. dia ajak aku kuar buka puasa, aku tolak. Dia ajak aku sahur plak... heheh..

trust me, i'm still a friend who u used to know but its new ME..

4th & 5th Nite

4TH NITE
Rasulullah saw pernah bersabda: Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah, nescaya akan diampunkan dosa-dosa yang dilakukan dahulu (HR Bukhari & Muslim)

Antara kemenangan2 yg diperolehi oleh org yg berpuasa:

1. dpt melawan hawa nafsu
Nafsu mmg sebati ngan hati & diri manusia & tidak blh dibuang. so, dgn berpuasa, kita dpt melatih diri kita utk menundukkan nafsu.

"Tidak sempurna iman seseorg itu sehinggalah hawa nafsunya mengikut apa yg dibawa oleh akalnya"

3 types of nafsu
- aqarah: nafsu yg mengajak melakukan kemungkaran
- lawanah: nafsu yg apabila melakukan dosa & kemudian rasa menyesal & bertaubat
- mutmainah: nafsu yg blh ditunduk ex: shopping.. heheheh

Tanda seseorg itu melawan nafsunyer ialah dgn mengerjakan perintah Allah

2. dimakbulkan doa
3 golongan yang doanya tidak ditolak oleh Allah:
- pemimpin yg adil
- org yg dizalimi / teraniaya
- org yg berpuasa sehingga dia berbuka

oleh itu, bykkan berdoa ketika berpuasa, esp time berbuka. InsyaAllah dimakbul Allah. ni tak, time berbuka la sibuk nak mkn.. kita spare la 5-10mins kat meja mkn dulu, berdoa sambil tgg masuk waktu.

3. mendpt kegembiraan
Sabda Nabi saw: Org yg berpuasa mendpt 2 kegembiraan - ketika dia berbuka & ketika berjumpa Allah (HR Bukhari & Muslim)

tp mmg tak dpt dinafikan time berbuka adalah time yg paling best esp bila adik badik suma dpt kumpul, mkn sesama.. pas mkn, buli anak sedara aku basuh pinggan.. hehehe...

tp yg paling best tu, ada janji bahawa kita dpt 'berjumpa' dgn Allah

4. diampunkan dosa
Sabda Rasulullah saw lagi: Bilamana dtgnya bln Ramadhan, Allah limpah ruahkan keberkatan, turunkan rahmat, ampun dosa & makbulkan doa kamu utk kamu memperolehi kebaikan yg besar

bulan Ramadhan juga bulan makrifah iaitu bulan keampunan. Jadi marilah kita berebut2 utk beribadat memohon keampunan dr Allah. tp jgn, beribadat dlm bulan Ramadhan je, bln lain jd setan!!! astaghfirullah...

5. dpt masuk syurga melalui pintu Ar-Rayyan

Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya di Syurga terdpt pintu Ar Rayyan. Org2 yg berpuasa akan masuk melalui pintu ini pd hari Kiamat. Tiada seorg pun yg akan masuk melalui pintu ini kecuali org yg berpuasa. Apabila semua telah masuk (org2 yg berpuasa) pintu ini akan ditutup & tiada seorang pun yg akan msk melaluinya lagi

pesanan utk isteri2 (ni termasuk ko, sheila): seorg isteri yg solehah - menjaga solat, puasa, suami blh masuk syurga melalui pintu mana yg dia sukai.. MasyaAllah, betapa hebatnya seorg isteri!!!

6. menjd org bertakwa

puasa dpt melatih seseorg tu menjadi seorg yg bertakwa. Takwa mean buat perintah & tinggal larangan. Tinggal mean tinggal TERUS!!! jgn perintah buat, larangan pun buat.. tu bkn takwa namanye!!

puasa juga melatih sifat amanah, jujur ikhlas & sentiasa peka bahawa kita berada dlm pengawasan Allah.

"Bertakwalah kamu kpd Allah dimana shj kamu berada"

7. kemenangan pd 1 Syawal

Allah beri rahmat pd 1 Syawal tu suma org Islam berpakaian cantik, colourful, muka hepi menandakan kemenangan kita menjlni bulan Ramadhan..

Speaking of 1 Syawal ni.. dimanakah aku nak beraya - di Ampang atau di Meru?? kalau ikut turn (mcm org dah kawin plak) tahun ni adalah di rumah sendiri.. ada beberapa perkara aku kena settle walau dimana pun aku decide nak beraya.. Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan segala urusanku dan lapangkanlah dadaku.


5TH NITE
Takzirah mlm ni mengenai bagaimana utk mencapai khusyuk / ketenangan ketika solat. Solat ni penting sbb ia adalah perkara pertama yg dinilai oleh Allah utk dikurniakan balasan syurga atau neraka. So solat blh menjd aset atau liability.

Kedudukan / gelaran tidak menjamin seseorg itu mencapai khusyuk dlm solat. Ia suatu yg tdk dpt diwarisi atau dibeli.

Peningkatan iman blh dicapai melalui solat. Kerana solat berhubung kait ngan 3 perkara - niat, pengucapan vokal & pergerakan tubuh badan. Untuk mencapai khusyuk perlu ada 2 sifat dlm jiwa iaitu Al-Khauf & Al Roja (sori kalau spelling nyer tak betul)

Al Khauf - perasaan takut / bimbang sekiranya solat tdk diterima Allah
Al Roja - dr perasan takut / bimbang tu plak, kita tanam pengharapan penuh agar solat ini diterima Allah.

Antara perkara2 yg amalan tdk diterima Allah (terdpt hijab)
1. Aqidah
mengucapkan 2 kalimah syahadah (tauhid / Islam). Aqidah tak selaras menyebabkan amalan ditolak. Pastikan ada aqidah yg selamat dgn ketetapan Allah. Mentality (ways of thinking) pun mesti berlandaskan Al Quran & As Sunnah

2. Ada benda haram dlm hidup
Samada melalui makanan, pakaian atau sumber rezeki blh menyebabkan solat / doa ditolak Allah..

Bab ni aku mmg takut sbb part makanan tu.. mmg la tak mkn babi kan, tp terjamin 100% ke kita mknan yg kita mkn kat luar halal.. Aku pernah nampak lori (tukang angkat brgnya org cina) antar supply to Alexis, GE Mall. Ada sayur & ayam.. apakah status ayam tersebut.. Nauzubillah.. Masa gi bali dulu ada mkn ketam, tak tau ketam tu halal ke tak.. main belasah je...

Sifat tasyabuh (sori kalau salah eja) - sifat menyamai atau menyerupai lelaki / pompuan pun blh menyebabkan soalt/doa ditolak.

Ustaz mentioned pasal lelaki pakai gelang magnet tu.. dia ckp, toksah pkai la, bagi org pompuan je pakai.. lelaki tak blh pakai gelang ke? (sheila, tolong jwb)

3. Anak derhaka pd ibubapa, Isteri derhaka pd suami
Heheh.. bab ni best gak.. pernah tak kita nilai camner layanan kita kat mak bapak kita.. kalau aku, mak aku la. Aku dgr ustaz ckp solat/doa ditolak jika kita derhaka kpd ibubapa kita, terus aku ingat kat mak aku.

mmg baru2 ni berlaku 'sesuatu' & aku tecik ati sgt ngan mak aku. Aku terlepas ckp "PENIPU" kat mak aku.. aku menyesal sgt!! sbb aku jarang menjawab, selalunya aku melawan thru expression muka je..

since kejadian tu, aku tak putus2 berdoa "Ya Allah, jadikan kami anak yg soleh & solehah, jgn kiranya Kau jdkan kami anak yg derhaka & jdkan kami suami isteri yg soleh & solehah" (ni aku tujukan utk ko sheila) - tp aku blm mintak ampun ngan mak aku lg..

Mlm tu tahjud, aku sedih sgt.. kul 500 lebih aku sms mak aku mintak ampun kalau aku penah jd anak derhaka & pernah mengguriskan hati mak aku. Aku mintak halal mkn minum selama ni.. kul 10 lebih mak aku sms (thru k.nik la, mak aku tau baca sms je..) mak aku ckp, setiap kali hati dia terguris sbb anak2, dia terus ampunkan anak2 dia & terus berdoa agar Allah juga mengampunkan anak2 dia..

kalau part suami/isteri - kena ada redha meredhai. Suami redha pd isteri begitu juga sebaliknya. Isteri yg solehah - menjaga solat, puasa, suami, harta suami & rumahtangga, diberi kelebihan utk pilih pintu syurga mana dia nak masuk..

Tuesday, August 25, 2009

2nd & 3rd Nite

2ND NITE
Firman Allah: "Wahai org2 yg beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat2 sebelum kamu, semoga kamu menjadi org yg bertakwa".

Baru aku tau actually perintah berpuasa ni telah diwajibkan bkn saja kepada umat Nabi Muhammad saw telah kpd umat Nabi-Nabi sebelumnya. Kita letih/penat puasa, tak mkn minum seharian tp terpikirkah kita, umat2 Islam dulu, berpuasa dan berperang tp mereka tak pernah mengeluh.

Hadis Rasulullah saw pula: "Sesungguhnya telah dtg kpd kamu bln Ramadhan, bln yg penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa. Sepanjang bln Ramadhan, dibuka segala pintu Syurga & ditutup segala pintu neraka serta syaitan dibelenggu"

Sabda Rasulullah saw: Setiap amalan kebaikan anak Bani Adam pahalanya dicatat oleh Malaikat kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untukKU (Allah) dan AKUlah yg memberi pahala puasanya.

Kita tau bahawa Allah tu bersifat pemurah, penyayang & mengasihani hambanya. Maka marilah kita mengambil peluang utk beramal soleh kerana setiap amalan itu akan diberi pahala berlipatkali ganda dan marilah kita berebut2 utk mendpt rahmat (kasih syg) Allah.

Amalan sunat yg dilakukan pd bulan Ramadhan juga diberikan pahala amalan fardhu. Ustaz ckp kalau dr akil baligh smpai umur 60thn kita solat sunat, takkan sampai pahalanya ngan amalan sunat yg kita lakukan pd bln Ramadhan. MasyaAllah, begitu la kasihnya Allah kpd kita ngan memberi kita peluang sebegini. Allah kasi chance utk bertaubat & beramal soleh & Allah takkan sekali2 menzalimi hambaNya, malah hambaNya yg menzalimi diri mereka sendiri.

Puasa ini juga menjd perisai kpd kita dr api neraka. Antara amalan yg blh dibuat pd bln Ramadhan is bersedekah. Jgn takut utk bersedekah kerana setiap sedekah yg dikeluarkan ke jln Allah ibarat 1 benih. Sedekah ni ibarat nilai matawang di akhirat nanti.

Ni 1st time aku berbuka kat masjid, mula2 mcm segan but it turned out well.. Ya Allah, berilah aku masa utk aku tebus segala dosa & kesalahanku. Aku mencari keredhaan & keampunanMu Ya Allah, kurniakanlah aku keampunan yang selayaknya.

Dengar tazkirah tadi, blk terus korek tabung hengget2 aku tu.. terus aku lipat utk aku sedekah kat masjid everyday aku gi masjid tu..

Today aku join group tadarus, k.juli suh aku baca, ternyata masih diperingkat beginner.. maka aku secara volunteer ckp, aku join dengar je.. masa tu Allah je tahu, betapa malu & tebalnyer muka aku !!! aku takmo kaco dorangnyer program to khatam by 3rd week of Ramadhan. Kalau aku join baca, nanti lambat coz they have to stop and correct me.. tp k.juli kata takpa, nanti pas raya, blh belajar... menyesalnya tak belajar ngaji dulu..

so thn ni, aku akan khatam dengar instead of khatam quran ... tp ok la compare to previous years yg aku khatam tv/astro je kan. pelan2 eh fiqq...

3RD NITE
3 perkara yg dpt menyelamatkan kita dr seksa Allah:
1. takut kpd Allah dengan beramal soleh - lakukan suruhan, tinggal larangan
2. hidup dlm keadaan bersederhana
3. berlaku adil - terutama kpd diri sendiri. jgn lakukan maksiat kerana maksiat yg kita lakukan ibarat kita menzalimi diri kita sendiri.


3 perkara yg dpt membinasakan manusia:
1. bersifat bakhil - bakhil kpd Allah - tidak mengerjakan suruhanNya, bakhil kpd Rasulullah saw - tidak mengucapkan salawat ke atas Rasulullah. bakhil kpd org miskin - tdk mengeluarkan sedekah/zakat, bakhil kepada diri sendiri - malas utk beribadat
2. sentiasa mengikut hawa nafsu - nafsu adalah sifat -ve. akal vs nafsu
3. bangga diri / sombong / riak - sombong kpd Allah dgn tidak meminta ampun atas segala dosa yg dilakukan, sombong kpd Rasullullah, sombong dgn diri sendiri - ego, ingat diri best

"Seseorg yg bangga diri itu sebenarnya menentang kebenaran"


3 perkara yg dpt meninggikan darjat manusia:
1. beri salam
2. suka beri mkn kpd tetamu / org lapar / org yg berpuasa
3. solat tahajjud

3 perkara yg dpt menghapuskan dosa kecil:
1. sempurnakan wuduk - wpun keadaan sejuk. mana parts kena basuh, KENA basuh bkn sekadar sapu (muka, tangan, kaki)
2. solat jemaah - setiap langkah ke masjid dpt menghapuskan dosa & meninggikan darjat
3. sempurna solat 'pertama' - (ni susah sket nak explain, sbb tak berapa paham ustaz terangkan) maksud dia lebih kurang mcm ni: now nak solat tarawih, kena sempurnakan solat isyak terlebih dahulu.. jgn terus harung tarawih je..

Amalan soleh ni ibarat teman kita dlm alam barzakh (alam kubur). dunia-barzakh-akhirat

Note: utk menghapuskan dosa2 besar (masyaAllah, byk nyer dosa aku), seseorg tu kena taubat nasuha (dgn melakukan perbuatan khusus - solat taubat & doa tertentu), berjanji tdk melakukannya lagi, istighfar byk2 & seterusnya terpulang la kpd Allah utk menilainya (terima atau ditolak)

"Apabila mana seseorg manusia itu terselamat daripada hukum dunia, maka bertaubatlah dengan taubat nasuha, kemudian terserahlah kpd Allah utk menerimanya atau tidak"

Ada kisah seorg pompuan di zaman Rasulullah saw.. beliau telah berjumpa dgn Rasulullah saw dgn menyatakan bahawa beliau sedang mengandung akibat perbuatan zina. Rasulullah saw tlh memanggil saudara lelaki pompuan tersebut & minta menjaga pompuan ini & kandungannya. Rasulullah juga berpesan agar pompuan tersebut dibawa mengadap Rasulullah saw setelah beliau bersalin nanti. Setelah 9bln mengandung, pompuan tersebut melahirkan.. & beliau tlh dibawa mengadap Rasulullah saw & Rasulullah tlh menghukum pompuan tersebut lalu Rasulullah saw menyembahyangkan jenazahnya. Sahabat bertanya, mengapa Rasulullah menyembahyangkan jenazah tersebut sedangkan dia melakukan dosa, Rasulullah menjawab.. "telah sempurna imannya" (pompuan tersebut)

Kita takkan dpt lari dr hukum Allah - samada di dunia atau akhirat.

Ya Allah, ya Tuhanku, Kau ampunkan segala dosa & kesalahanku samaada yg kecil atau besar, pd masa lalu & pd masa akan datang. Dosaku terlalu byk Ya Allah. Setinggi langit & sebesar lengkung bumi Ya Allah. Aku mengharapkan pengampunanMu Ya Allah, kerana Engkau sahajalah yg dpt mengampunkan aku manusia yg hina dina ini. Amin

Reminder: kenapa kita tinggal solat - malas (blh dimaafkan) tp kalau KUFUR/INGKAR - lu pikir la sendiri.. Nauzubillah..

"Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau jadikanlah aku serta zuriatku terdiri dr golongan yg mengerjakan solat & terimalah doaku ni, Ya Allah"

Monday, August 24, 2009

Mlm yg dinanti

Alhamdulillah, kita telah dipertemukan semula dengan bln Ramadhan, bln yg paling berkat antara bulan2 yg lain. Hari ni adalah hari ke2 berpuasa.. Personally, aku mmg excited nak sambut Ramadhan tahun ini, ada suatu perasaan yang buat aku look forward sgt & feeling yg tak pernah aku rasa!!!

Ya Allah, jgnlah kiranya Kau pesongkan hatiku ini setelah Kau berikan aku petunjuk ini & jgnlah Kau hinakan aku di hari Kiamat nanti. Ya Allah, kurniakan aku rahmat, keberkatan, keredhaan & keampunanMu Ya Allah.

byk plan aku utk Ramadhan kali ni, kita tgk end of Ramadhan, dpt tak aku achieve. kena la ada assessment, bru kita tau setakat mana achievement kita.. baru semangat sket..

Kat sini 8 tarawih + 3 witir.. in between ada tazkirah dlm 20mins.. bru aku tau maksud tarawih, solat sambil rehat2 (kalau org german ckp ontok2, hehheh) Ada group tadarus muslimah tp blm start lg.. ingat nak join, kita riki line dulu la eh.. Aku berkenalan ngan k.julia (leader tadarus pompuan) & k.ita (ajk masjid - husband dia secretary masjid)

Pas tarawih bwk k.bb gi chowkit plak. What a day!!

Thursday, August 20, 2009

Masjid Nabawi

Lebih kurang kul 7am, suma berkumpul kat lobby & ustaz lead us Masjid Nabawi.. Masyallah.. hati masa tu Allah je yg tau - sayu, sedih, excited, hepi, eager suma bercampur baur. We stopped kat luar masjid somewhere dekat kubah hijau & perkuburan baqi.. Kubah hijau letaknya Makam Rasulullah saw.. Rasulullah saw adalah manusia paling sempurna dari suma segi - sbg Kekasih & Pesuruh Allah (yg dipertanggungjawab utk menyampaikan syiar Islam kepada umat manusia), sbg hambaNya (yang sentiasa menyebut istigfar, memohon keampunan dr PenciptaNya wpun Rasulullah bersifat maksum) sbg sahabat yang baik kpd sahabatnya, sbg suami kpd isteri2nya, sbg ayah kpd anak2. Rasa mcm tak layak utk bercakap ttg Rasulullah saw kerana terlalu sket ilmu mengenai Baginda yg aku tau..

Ustaz bg taklimat serba sedikit mengenai ziarah pagi tu. Ustaz strongly advised that we try dptkan ruang utk bersolat hajat & taubat di saf pertama di Raudhah. Rasulullah saw pernah bersabda "kawasan diantara rumahku dan mimbarku adalah taman syurga" & kita disaran agar berdoa di sana & Raudhah adalah antara tempat2 yang paling mustajab. Aku pun dlm ati tak putus2 membaca Allahumma yasir, waala tu 'asir.. semoga Allah mempermudahkan segala urusan & diberi ruang utk beribadat wpun cukup utk berdiri & sujud..

so as 1st experience, aku menjejakkan kaki di dlm Masjid Nabawi.. kebetulan masa tu pun mmg waktu ziarah ke Raudhah bagi wanita.. so mmg rezeki kami la tak lama menunggu.. org mmg ramai, kami dikumpulkan mengikut group2 - msia, indonesia, spore, brunei

Bila tiba turn aku masuk kedlm Raudhah, keadaan agak kelam kabut sbb suma org seems berebut nak solat.. dgn aku2 sekali nak berebut.. MasyaAllah.. buruk perangai.. kalau mmg dah ada rezeki kita nak solat kat situ, InsyaAllah akan ada ruang utk kamu beribadat!!!..

Alhamdulillah, Allah memperkenankan aku solat saf pertama, exactly di tepi mimbar.. aku sempat solat taubat & hajat. airmata jgn ckp la, mencurah2.. berdoa sepenuh hati sambil mensyukuri nikmat, rahmat & rezeki yg Allah kurniakan.

2nd time ke Raudhah, jumpa Pam.. dia ziarah wadaq coz she's leaving for mecca d next day..

Alhamdulillah aku diberi rezeki solat/berdoa di Raudhah 3kali selama 2 1/2hari di medina.. & kali ke3 adalah mlm sebelum kami bertolak ke mecca. Hati sangat berat utk meninggalkan medina..

Wahai Nabi yg dikasihi.. bukan niatku utk pergi meninggalkanmu tp sudah tiba masa utk kita berpisah.. Ni la sahaja masa yg telah ditetapkan utk aku berukun tetangga denganMu wahai Nabi.. Jadikan perpisahan ini sesuatu yang diberkati.. Aku memohon syafaatmu Wahai Nabi yg dikasihi.. Semoga doa aku diperkenan Allah agar dapat kembali semula ke bumi yang tenteram ni, semoga aku dpt kembali ke negara Islam yg pertama ini, semoga aku dpt kembali berukun tetanga dgnmu Rasulullah saw

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan oh Ramadhan

Ramadhan is just around d corner,esok lusa dah puasa.. Perasaan nak sambut Ramadhan this year agak lain dr perasaan thn2 lepas.. rasa mcm eager nak berpuasa & nak bertarawih, hopefully d perasaan will stay sampai abis Ramadhan.. aku pun tak ingat when was d last time aku solat tarawih kat masjid.. dedulu masa sekolah/dok kg delima every nite gi tarawih kat surau.. masa tu konon nak impress mak ijat (mak mertua tak jadi, hehehe) last year ada gak buat kat rumah, tp hangat2 taik hayam.. setengah jln je..

this year aku harap dpt menjd stepping stone utk aku rajin ke masjid esp maghrib & isyak. Hope this year dpt beriktikaf di masjid dari maghrib sampai tarawih (semoga Allah mempermudahkan & memperrajinkan aku ni)... kekadang sedih bila pikir how i wasted my time buat benda2 yg ntah hapa2.. melanggok tgk tv & buat benda tak pekdah.. Ya Allah, sesungguhnya Kau lah yg telah membuka hatiku utk bertaubat & aku memanjatkan syukur atas nikmat dan rahmatMu.

plan aku for this year..
1. asar kat office
2. blk, singgah pasar ramadhan, beli light2 je
3. by 7 aku mesti dah kuar rumah gi masjid & berbuka ngan herbalife (cepat la kurus nampaknyer)
4. blk masjid bru mkn tp takut gak makanan yg beli kat pasar ramadhan normally tak blh tahan sampai kul 10 keatas, mesti basi.. takpa, kita tawakal je la..

speaking of food, aku blm stock up groceries lg - KOPI dah abis!!!!... tu tgg gaji la..

period: checked - insyallah blh la puasa penuh this year..
rumah: checked - tak la sepah sgt.. just nak sapu/mop sket je lg, esp dapur..
bilik ayor: not checked - tot this friday, nak sental
fridge: not checked - will check this on friday
laundry: checked - current (heheh, current katanya)

Tuesday, August 18, 2009

Bumi Arab

Transit kat riyadh for 1hr & we had to change flight and solat qasar/jamak at the airpot.. Cantik gak airport tp tak sempat nak tangkap gambar coz we were all rushing..

Upon arrival kat airport dlm kul 10pm kot, hati aku terlalu sayu masa mula2 menjejakkan kaki di bumi arab. K.awok & family were already there, passed her things and borak dlm 1/2 hr.. Then aku & sheila mcm tercenggang2 tak tau nak tuju ke mana.. takde signboard ke hapa ke.. tetiba ada sorang lelaki tegur kitaorg & lead us to the bus.. alhamdulillah, takde apa2 terjadi.. pikir2 blk, kalau la lelaki ni jahat & kidnap kitorg ke hapa ke coz we just follow the man.. nauzubillah..

Then we left jeddah for medina.. d journey took us around 8hrs.. otw to medina, we stopped for our dinner at Yamaan Rest, nasi yg byk, ikan & ayam diletakkan dlm dulang and kami ber5 kongsi mkn..

Dlm bus, ustaz ada bagi tazkirah about nafsu/akal.. antara isi kandungan nye ialah bagaimana nafsu mengatakan urusannya (nafsu) adalah tidak sama dgn urusan Allah s.wt. Allah murka lalu di'uji/seksa'nya nafsu dlm keadaan panas, sejuk & lapar & akhirnya nafsu mengaku bahawa Allah itulah menguasai segala urusan & best jugak isi kandungan nyer tp mata terlalu ngantuk & i think i slept half d journey..

Arrived in Medina around 6am & we missed to solat Subuh berjemaah di Masjid.. So ustaz told us to solat subuh di bilik saje & jumpa blk di lobby around 7 for ziarah dalaman..

Wednesday, August 12, 2009