Wednesday, October 28, 2009

warning

Monday (26/10) pinggang aku sakit lagi & this is the 2nd time kena.. Pagi tu, aku tunduk nak clearkan sampah, bangun2 terus urat tegang semcm.. aku dah takut, takut tak blh tegak.. it took me few seconds to straightkan badan.. alhamdulillah ok.. went to work..

by lunch, TJ ajak gi clinic.. kat clinic, buat machine, physio, tuam air panas & kena jab kat montot, kena RM120.. pas buat physio lg bertambah sakit.. TJ ckp sbb urat tu di'stretch. Masa nak kuar keta, tak blh.. aku rasa nak menangis.. TJ la papah bawak aku naik. p/s syg TJ kat aku!!

TJ had to leave, dia ada hal, tp dia kata kang dia dtg blk. aku ckp ngan dia, aku nak solat.. TJ kata kalau tak blh, tak yah solat.. berlaku argument sket.. aku ckp ngan dia, nak blk, blk je la... (sedih plak sbb aku mcm tertengking dia!!!) aku terus lepak dlm bilik & dia balik.. seblm dia blk, dia letakkan air kopi, air kosong, hp, buku, chipsmore, kuih raya kat sebelah katil.. pastu aku pun bangun, mandi dan nak solat.. tiba aku tgk kusi dah siap kat bilik tengah


TJ siapkan bantal lg..


masa aku nak solat tu, mcm2 perasaan timbul.. timbul satu mcm keinsafan yg aku rasa Allah blh tarik nikmatNya sekelip mata. Allah blh tarik nyawa kita sekelip mata dgn kehendakNya.. Ni baru Allah tarik nikmat pinggang aku & aku terpaksa solat sambil duduk, blm lagi tarik nikmat yg lain2.. mungkin ada hikmah Allah suh aku pelajari/experience sendiri!!!

Tetiba aku terpk, rebut 5 things before the 5 things - muda sebelum tua, sihat seblm sakit, lapang seblm sempit, kaya seblm miskin & hidup seblm mati.. Betul lah sabda Rasulullah saw tu, masa muda, sihat, lapang, berdaya & hidup la kita nak beribadat, rebut lah peluang ni kerana ianya datang hanya sekali..

masa doa aku nangis, memohon semoga disembuhkan dr penyakit & diberikan kesihatan yg sejahtera supaya aku dpt beribadat kepadaNya.. kurniakanlah aku rahmat, keberkatan, keredhaan & keampunanMu Ya Allah.

Kul 10, TJ dtg bawak burger. pas mkn, aku msk bilik, sambung baring.. pastu aku rasa dia kiss dahi aku.. dia kata, u tdo la, i nak blk, aku tgk jam kul 12..

d next day, getting better oredi.. aku dah blh solat cam biasa cuma tak blh rukuk sepenuhnya.. alhamdulillah, bangun dr sujud pun tak sakit.. cuma kena berhati2.. tak blh kasar2...



ni muka ceria kuar gi mkn, rasa2 masa ni rasa insaf tu ada lg tak??? tu la manusia!!!... insaf nyer bila terjadi musibah keatas dirinya.. astagfirullah..

Friday, October 16, 2009

wow

  • Ubat terbaik adalah wahyu (Al Quran & As Sunnah). Kesenangan terletak pada iman, penyejuk hati pada solat, keselamatan kalbu pada redha, keteduhan perasaan pada sifat qana'ah, kecantikan wajah pada senyuman, terpelihara kehormatan dalam hijab & ketenangan hati pada zikir
  • Apakah engkau mempunyai umur yang lain? Apakah engkau memiliki hari yang lain? Apakah engkau ada perjanjian dengan Allah bahawa engkau tidak akan kembali kepadaNya
  • Perhiasan bukanlah emas & perak, tetapi solat 2 rakaat menjelang Subuh, dahaga kerana puasa, derma dan sedekah yang hanya diketahui Allah, airmata taubat, memangjangkan sujud dan malu kepada Allah
  • Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan perkenan bagimu
  • Bersyukur kepada sekecil-kecil nikmat dan rahmat, nescaya akan dilipatgandakan

wow

  • Kehidupan adalah hadiah dari Allah baik bahagia atau sengsara. Terimalah dengan gembira dan jangan sampai engkau kufur dan mengingkariNya. Sedarilah bahawa Allah itu Pencipta Yang Maha Pemberi Rezeki, Maha Tinggi & Maha Mulia. Tidak diciptakan dan dianugerahkan kenikmatan (atau sebaliknya) untuk membantu anda agar tetap taat kepadaNya
  • Janganlah kamu berpegang kepada manusia lain kerana sesungguhnya mereka tidak layak untuk dijadikan pegangan dan sandaran dalam menyelesaikan urusan Allah
  • Apakah kamu kira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu (Al Baqarah: 214)
  • Jalan menuju Allah adalah sebaik-baik jalan.
  • Allah tidak menjadikan makhluknya untuk diseksa, namun Dia mengkehendaki agar kamu menjaga, memperbaiki dan mempersiapkan diri. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih kepada manusia melebihi kasih orang tuanya.
  • Ingatlah sayang, sesungguhnya Allah itu dekat

wow

  • Ingatlah sayang, bahawa Allah Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha Penerima Taubat kepada sesiapa yang bertaubat dan menerima orang yg kembali kepadaNya.
  • Optimislah bahawa Allah sentiasa bersamamu. Para malaikat memohon keampunan untukmu dan syurga telah menantimu.
  • Jika Allah sentiasa bersamamu, maka kepada siapa engkau takuti. Jika Allah menjadi musuhmu, maka kepada siapa engkau akan berharap
  • Biarkan urusan makhluk menjadi urusan PenciptaNya, biarkan yang mendengki sampai mati dan biarkan yang memusuhi terlupa akannya.
  • Apa yang berlalu, biarkan berlalu. Cita-cita adalah harapan yang belum pasti, bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani.
  • Jangan kau berputus asa, kerana tidak melihat jalan keluar. Kalau begitu, dimanakah Allah & takdirnya.

Monday, October 12, 2009

Doa: Terlepas dr Hutang


Ya Allah Ya Tuhanku
sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesulitan dan kesedihan.
Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan.
Aku berlindung kepada Engkau dari sihat pengecut dan kikir.
Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit oleh hutang dan tertindas oleh orang lain

  • Elok diamal selepas solat Subuh & Maghrib

Wednesday, October 7, 2009

Takbur

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tanamkanlah sifat keikhlasan beribadat dlm diriku & jauhkanlah aku dr sifat riak & takbur"


Itulah adalah antara doa2ku kepada Allah setiap lepas solat. Last Friday, tergerak ati nak solat kat surau rumah k.bb.. After Maghrib, ada tazkirah.. bagus sbb ustaz membincangkan kitab pondok & tajuk perbincangan mlm tu was TAKBUR.

Takbur blh terjadi atas sbb pujian dr org lain atau sifat bangga diri sendiri & ia disifatkan sebagai penyakit & blh memudaratkan kita.

Terdpt 4 jenis puji:
a) puji qadim bagi qadim - inilah pujian Allah kepada Allah sendir kerana ini adalah sifat yg selayak-layaknya bagiNya. Manusia tidak layak langsung memuji dirinya sendiri kerana mmg mereka tidak layak akan pujian tersebut & pujian tersebut akan mendatangkan sifat takbur. Balasan org takbur adalah kekal di dlm neraka jahanam

Sabda Rasulullah: Di Padang Masyhar nanti, akan dihimpun org takbur di satu tempat, lalu Allah jadikan mereka seperti semut yg kecil. Manusia lain akan memijak org takbur tersebut

- pengajaran: begitu hinanya org takbur ini sehingga dia anggota badannya dipijak2

Sabda Rasulullah: Takkan masuk syurga org yg takbur ini wpun sekecil zarah. (Subhanallah)

b) puji qadim bagi hadis: inilah adalah pujian Allah kepada para Rasul, Nabi, para solihin, para anbiya. Allah sentiasa memuji2 golongan ini kerana mereka inilah yg menyebar & menegakkan Islam.

"sebaik2 hamba adalah yang paling byk bertaubat kpdKu"

c) puji hadis bagi qadim: pujian pada Rasul, Nabi & org2 yg soleh kepada Allah. Mengagungkan Kebesaran & KekuasaanNya menjadikan alam ini. Mensyukuri akan rahmat & nikmat yg Allah kurnia.

d) puji hadis bagi hadis: inilah pujian sesama manusia. Perlu diingatkan kita tak blh puji diri kita, melainkan org yg memuji kita. Pujian ini hendaklah tidak keterlaluan atau melebih2 kerana hukumnya haram. Puji hendaklah berpada-pada, cukup sekadar apa yg diperbuatkan/dilakukan oleh org yg dipuji & tidak blh ditambah2. Pujian tersebut juga hendaklah akhirnya kembali kepada Allah kerana kita adalah hambaNya yg tak punya apa2.


Ubat kpd takbur:
a) apabila kita berjumpa kanak2, katalah pada diri sendiri bahawa kanak2 ini tidak berdosa kpd Allah, sedangkan byknya dosaku, maka kanak2 ini lebih mulia drp aku.

b) apabila berjumpa org yg lebih tua, katalah pada diri sendiri bahawa org tua ini lebih dahulu beribadah drp aku, maka org tua ini lebih mulia drp aku.

c) apabila berjumpa org jahil, katalah pada diri sendiri bahawa org jahil ni buat maksiat dlm kejahilannya, sedang aku buat maksiat dlm kecelikanku, maka org jahil ini lebih mulia drp aku.

Jadi beringatlah selalu semoga setiap percakapan, perbuatan & tingkah laku kita tidak menyebabkan kita menjadi org yg takbur.

Ingatlah bahaya takbur blh menyebabkan kekufuran. Ingatlah peristiwa iblis menjadi kafir atas sbb takburnya. Bilamana Allah memerintahkan ia agar sujud kpd Nabi Allah Adam, ia enggan & pandang rendah kepada Nabi Allah Adam.

Sama2 la kita mengambil iktibar & pengajaran..

p/s: aku suka tazkirah mcm ni (kitab pondok) sbb jarang nak dpt ilmu camni

Friday, October 2, 2009

Ayatul Kursi



Maksud:
Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal Selama-lamanya mentadbirkan sekalian mahklukNya. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang Memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izinNya.

Yang Maha Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah (ilmu dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar KekuasaanNya.


Sejarah turunnya wahyu ini:

Dikenali juga sebagai Penghulu segala ayat di dalam Al Quran.

Ayat ini diturunkan di Medina Al Munawarrah. Menurut riwayat semasa penurunannya ia telah diiringi oleh 70,000 malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasululah saw dengan segera memerintahkan Zaid bt Sabit menulis serta menyebarkannya.


Antara fadilat amalan membaca Ayat ini:
  • melindungi diri dari bala bencana dan gangguan syaitan
  • sesiapa yg membaca Ayat ini, Allah utuskan malaikat utk mencatat kebaikan & menghapus dr keburukannya dari masa itu hingga keesokan harinya
  • baca selepas solat, dikurniakan pahala seumpama pahala org muttaqin dan pahala balasan org siddiqin ialah syurga. Diampunkan dosa & dihapuskan kejahatannya
  • amal selepas Subuh, terpelihara dr sebarang kejahatan sepanjang hari
  • amal selepas Maghrib, terpelihara dr segala kejahatan hingga ke pagi
  • baca sebelum tidur, Allah kurniakan keselamatan kepadanya & jiran2nya. Allah utus 2 malaikat menjaganya hingga ke pagi. Terlepas dr kejahatan jin, syaitan, manusia & binatang
  • amal 170kali pada tgh mlm kerana sesuatu hajat, InsyaAllah, Allah perkenankan
  • amal 170kali setiap hari, insyaAllah terlepas dr kesusahan itu dan mudah beroleh rezeki
  • amal 170kali utk tingkatkan kecerdikan atau terang hati
  • sesiapa yg cpt marah, cepat2 baca, insyaAllah akan dijauhkan daripada syaitan yg memanaskan hatinya.
  • amal semasa sakit, Allah permudahkan ketika sakratul maut
  • ketika keluar rumah, Allah utus 7000 malaikat yg meminta keampunan serta mendoakan keselamatan
  • sesiapa yg menghadiahkan kpd arwah, maha Allah swt memasukkan 40 nur ke dalam setiap kuburan & dilapangkan kubur
  • jika dlm keadaan kesusahan & berdukacita, baca 313 pd tengah mlm, ditempat sunyi agar benar2 khusyuk & dlm keadaan berwuduk

Note:
rasanyer kalau nak amal yg beratus2 tu tak berkemampuan lg rasanyer.. sbg permulaan, blh dibaca selepas setiap kali solat.. bacalah ngan khusyuk, semoga Allah mendengar rintihan & permintaan kita dimakbulkan.. amin